التالي


Dr M perjelas pelantikan menteri kabinet, kabinet baru

637 المشاهدات
sunsit
0
نشرت في 28 Oct 2019 / في فيلم والرسوم المتحركة

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pelantikan tiga menteri kanan Kabinet semalam dibuat tanpa mengetepikan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Perdana Menteri berkata selain keputusan dibuat melalui Majlis Kepimpinan Tertinggi HARAPAN yang membincangkan dasar-dasar Pakatan Harapan, ia juga dilakukan melalui Jawatankuasa Lima Pemimpin Tertinggi yang dianggotai empat presiden parti komponen PH serta dipengerusikan beliau sendiri.

Beliau berkata ini kerana Majlis Kepimpinan Tertinggi sukar untuk membuat perjumpaan dengan kerap atau segera dalam memutuskan sesuatu perkara.

Mahathir berkata demikian dalam sesi penerangan kepada RTM dan Bernama hari ini.

Semalam Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi parti PPBM, AMANAH dan DAP sebagai menteri kanan kabinet dibuat tanpa rundingan dengan PKR.

Dr Mahathir semalam menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Presiden AMANAG Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

أظهر المزيد
0 تعليقات sort ترتيب حسب

التالي